Kor Suksis
Nak dijadikan cerita, dulu masa tingkatan berapa ntah, saya pernah membaca sebuah novel yang bertajuk 'I Love You, Stupid!' karya Melur Jelita. Dalam novel ni ada cerita mengenai Suksis, dan kiranya memang tertarik habis la ni sampai simpan cita-cita nak join suksis. Dan dengan takdir Allah, masuk UiTM kampus ni, bertemu jodoh pulak dengan suksis. Ops. Pengambilan batch pertama pulak tu, memang pembukaan la weh.
Kor Suksis ni salah satu aktiviti ko-kurikulum di Universiti, iaitu polis sukarelawan siswa siswi. Masuk Suksis ni ada macam-macam syarat tau. Satu, tinggi kena cukup. Bagi lelaki, min tinggi korang adalah 162cm dan bagi wanita, ketinggian min ialah 152cm. Bagi yang kurang tinggi tu, boleh jugak la cuba nasib, kot kot lepas kan? Haa, tu orang kata rezeki. Pastu tangan kena lurus, badan kena sihat. Before diterima masuk dalam Suksis, kena buat medical check up dulu tau.
Benefits masuk Kor Suksis ni, berdasarkan perkara yang saya pernah lalui la. First, kita dapat pengalaman yang boleh dikatakan seronok. Macam-macam aktiviti, antaranya kawad biasa, kawad bersenjata, latihan menembak dan macam-macam lagi la. Haa, bagi sesiapa yang tak minat berkawad ni, boleh la fikir dua tiga kali sebelum mengikuti Suksis. lagi-lagi yang taknak kulit jadi gelap. Tapi kalau dah minat, nak kisah pebende kan? Tapi disebabkan kitorang batch pertama, sedikit berterabur dan kelam kabut, banyak aktiviti yang tertinggal.
Saya ni budak diploma di UiTM. Benefit lain yang saya dapat dari Suksis ialah kolej. Ngam pulak dengan saya yang tak suka duduk luar kampus. Payah nak ke kelas apa semua. So, syukur alhamdulillah, selama 6 semester belajar, tak pernah lagi diam luar kolej. Tapi tak pasti pulak kalau budak degree macam mana. Pastu, masuk Suksis dapat elaun tau, elaun per jam. Berapa per jam? Itu rahsia hahaha kalau nak tau boleh la masuk Suksis yer.
Korang tak rasa segak semacam ker kalau korang pakai uniform? Tapi serious, bila pakai baju uniform polis tu, vibes dia lain macam. Tetiba rasa ada karisma, rasa segak semacam hahaha. Entah la, mungkin jugak sebab minat, tu la rasa macam tu. Banyak lagi perkara berkaitan Suksis ni, Once korang masuk mana-mana Universiti yang ada menawarkan latihan Kor Suksis, nanti adalah tu penerangan tentang suksis dengan lebih detail. Maaf yer.
Sesiapa yang mengikuti Suksis, nanti pada tahun terakhir penganjian korang, Suksis takkan habis macam tu je. Akan ada sesi pentauliahan untuk korang. Naik pangkat, haa. Dapat dua paku pulak tu. Apa yang dua paku? Dua paku di bahu maksudnya pangkat inspektor. Inspektor Kor Suksis. Cerita pasal Pentauliahan Kor Suksis, tunggu next post ya. Gtg, adios.
Salam. Boleh tanya? Suksis ni ada pengeluaran wang yg banyak ke utk beli uniform atau yg berkaitan.
ReplyDeleteSalam nk tnya...kalau sem2 boleh join ke?..sebb masa sem1 x dpt nk join suksis
ReplyDeleteassalammualaikum nak tnya bdak yg nak msuk kor suksis diploma mmg bdak engineering je ke leh msuk
ReplyDeleteGreat and I have a keen proposal: How Much Is Home Renovation split level remodel
ReplyDelete